PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Bismillahirrahmanirrahim,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat menerbitkan laman Diari Hidupku, the secret of my life. Laman ini mengisahkan tentang diri saya sejak saya dilahirkan sehingga sekarang. Segala peristiwa dan luahan telah saya ukirkan di dalam laman ini. Pengalaman pahit dan manis juga telah saya lakarkan di dalam laman ini. Jika anda membaca keseluruhan laman ini, anda akan mengetahui dengan lebih lanjut akan diri saya. Bermulalah dari biodata saya sehinggalah tahun lepas. Semuanya telah saya ceritakan di dalam laman ini. Memang tidak secara detail tetapi peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku di dalam hidup saya telah saya corakkan di dalam laman ini. Jadi, saya mengalu-alukan agar anda membaca keseluruhan laman ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sanggup membacanya. Semoga anda mendapat rahmat dan kasih sayangNya.

Penulis

1991 - SEGALA-GALANYA BERMULA PADA TAHUN INI

Tepat jam 5.00 petang pada 29 Mac 1991 bersamaan 18 Ramadhan 1411, saya dilahirkan. Pada saat itulah saya melihat alam dunia. Wah, sungguh bertuah saya pada hari itu kerana selamat dilahirkan walaupun saya tidak dilahirkan secara normal. Ibu saya terpaksa dibedah untuk mengeluarkan saya daripada rahimnya. Alhamdulillah, semuanya selamat. Saya telah dilahirkan di Hospital Besar Seremban (sekarang Hospital Tuanku Jaafar), Seremban, N. Sembilan.

Hospital Besar Seremban

Selepas saya bersama-sama ibu saya keluar dari hospital, saya di hantar ke rumah mak saudara saya di Taman Dato' Wan di Ampangan, Seremban. Saya dijaga dan dibelai oleh 2 orang mak saudara saya, Ngah atau nama sebenarnya Khadijah bt Laham dan Acu atau nama sebenarnya Ramlah bt Laham. Mereka tinggal serumah. Kedua-duanya adalah kakak ibu saya. Ibu saya memberikan saya kepada kakak-kakaknya setelah saya keluar dari hospital manakala ibu saya pula pulang ke Jasin, Melaka kerana rumah keluargaku yang sebenar adalah di Jasin. Pada waktu itu ibu saya mengajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Jasin dan sebab itulah ibu saya tinggal di sana manakala ayah saya pula bekerja di Pejabat Setiausaha Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor. Saya juga ada rumah di Shah Alam tapi rumah itu menjadi tempat tinggal ayah saya. Dalam tempoh 2 tahun ayah saya tinggal di Shah Alam dan sesekali dia pulang ke Jasin. Begitu juga ibu saya, sesekali pulang ke Shah Alam. Dalam tempoh 2 tahun itu jugalah ibu ayah saya tinggal berjauhan.

Inilah saya

Saya bersama ibu ayah saya ;
masa ni baru 12 hari


Saya dijaga oleh kedua-dua ibu saudara saya selama 4 bulan dan selepas 4 bulan ibu saya pula mahu menjaga saya. Apalah kata orang kalau kita ada anak tapi tidak dijaga oleh ibu sendiri, sebab itulah ibu saya mengambil saya kembali dan bawa pulang ke Jasin. Hanya saya dan ibu saya saja yang tinggal di Jasin. Memang sesekali ibu saya bawa saya ke rumah di Shah Alam. Semasa ibu saya mengajar di MRSM Jasin, saya di hantar ke rumah seorang jiran saya yang sanggup menjadi baby-sitter untuk menjaga saya. Dia menjaga saya seperti anak kandungnya sendiri. Saya amat terhutang budi kepada baby-sitter saya itu. Terima kasih kerana menjaga saya.

Saya bersama baby-sitter saya

Pada suatu malam, seekor binatang yang tidak diketahui akan jenis binatang tersebut masuk ke rumah saya di Jasin. Pada waktu itu hanya saya dan ibu saya saja yang berada di dalam rumah. Ibu saya berasa amat takut pada waktu itu dan menempatkan saya ke dalam sebuah bilik dan menutup pintu bilik tersebut. Ibu saya terpaksa menghubungi ayah saya dan menceritakan segala perkara yang berlaku kepada ayah saya. Malam itu ibu saya tidak dapat tidur kerana dia menjaga saya, takut-takut saya digigit atau dibaham oleh binatang tersebut. Ibu cuba untuk menghalau binatang tersebut tetapi binatang tersebut tidak pergi pun. Ibu saya berasa amat risau, risau akan keselamatanku.

Keesokan paginya, barulah binatang tersebut beredar dari rumahku melalui tingkap. Keesokan paginya itu jugalah baru ibuku tahu apakah jenis binatang tersebut. Rupa-rupanya binatang tersebut adalah seekor musang, binatang peliharaan jiranku yang terlepas dari sangkarnya pada malam itu.

Musang

Ini merupakan sebahagian cerita yang dapat saya sampaikan. Saya tidak dapat menceritakan segala-galanya yang berlaku dengan lebih detail pada tahun ini. Sampai di sini saja kisah yang saya dapat disampaikan. Mari kita ke tahun 1992. Wassalam.

1992 - PENGHIJRAHAN DARI JASIN KE SEREMBAN

Tahun ini merupakan tahun kedua saya hidup di muka bumi Allah ini. Umur saya telah meningkat setahun. Pada tahun ini saya masih tinggal bersama-sama ibu saya di Jasin walaupun ada juga sesekali ibu saya membawa saya ke Shah Alam terutamanya pada waktu cuti persekolahan, sama juga pada tahun 1991. Memang waktu cuti persekolahan adalah waktu yang paling sesuai untuk ke Shah Alam memandangkan ibu saya tidak mengajar pada waktu cuti persekolahan. Tetapi adakalanya ayah saya sendiri yang pulang ke Jasin untuk menjenguk saya dan ibu saya. Begitulah rutin keluargaku sepanjang tahun 1991 dan 1992.

Sebelum ibu saya pergi ke MRSM Jasin pada hari biasa, ibu saya akan menghantar saya ke rumah baby-sitter itu setiap pagi. Rumah baby-sitter itu hanya terletak di belakang rumahku saja. Baby-sitter yang menjaga saya itu baik orangnya. Dia memang menjaga saya bagai menatang minyak yang penuh. Saya amat terhutang budi dengan baby-sitter yang menjaga saya itu.

Keluarga baby-sitter saya

Pada bulan November 1992, saya berpindah ke Seremban, N. Sembilan. Ibu saya tidak lagi mengajar di MRSM Jasin selepas kami pindah ke Seremban. Dia ditukarkan ke Kolej MARA Seremban dan menjadi seorang pensyarah di situ sehingga sekarang. Bapa saya pula masih bekerja di Shah Alam tetapi disebabkan dia ingin bersama keluarga yang tercinta, dia juga tinggal di Seremban dan berulang-alik setiap hari dari Seremban ke Shah Alam.

Kolej MARA Seremban

Saya difahamkan bahawa ketika saat untuk berpisah dengan baby-sitterku itu, dia menangis teresak-esak dan tidak sanggup untuk melepaskan saya setelah saya dijaga dan dibelai olehnya semenjak tahun 1991 lagi. Dia memang menjaga saya seperti anaknya sendiri. Ketika saya mendengar cerita ini, saya berasa amat terharu dan teringin untuk bertemu dengannya semula pada suatu hari. Mulai bulan November itu, saya mula menetap di Taman Bukti, Seremban. Bermulalah kehidupanku yang baru di Seremban bersama-sama kedua ibu bapaku yang sentiasa berada di sisiku.

Hmm...sampai di sini saja kisah yang dapat saya sampaikan. Mari kita ke tahun 1993. Wassalam.

1993 - IBU MENUNAIKAN HAJI

Alhamdulillah, saya masih hidup lagi pada tahun ini. Pada tahun ini saya berusia 2 tahun. Pada waktu ini, saya masih tinggal di Taman Bukti, Seremban. Saya tidak berapa ingat peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada tahun ini. Walaupun begitu saya masih teringat satu peristiwa besar yang berlaku pada tahun ini.

Pada tahun ini ibu saya menunaikan haji di tanah suci Mekah yang merupakan tanah suci bagi umat Islam. Semua umat Islam sepatutnya tahu kerana sudah pun diajar samada di taska, tadika mahupun di sekolah rendah tentang Mekah mahupun haji. Bukan ibu saya seorang saja yang menunaikan haji, tetapi ibu saya pergi bersama Ngah saya. Mereka pergi menunaikan haji bersama-sama. Saya pula tinggal bersama-sama Acu saya di Taman Dato' Wan, Seremban. Saya tidak tinggal bersama ayah saya, mungkin ayah saya sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menjagaku sepanjang masa. Lagipun saya masih kecil lagi pada waktu itu, baru berumur 2 tahun. Acukulah yang menjagaku sepanjang ibu saya menunaikan haji di Mekah. Nasib baik jugalah kerana jarak antara rumahku dan rumah Acuku tidak berapa jauh. Ayahku juga sempatlah menjenguk saya jika mempunyai masa lapang.

Masjidil Haram

Hmm...tak banyaklah cerita yang boleh dikongsi untuk tahun ini. Mari kita ke tahun 1994. Wassalam.

1994 - HAHAHA...

Saya sebenarnya tidak berapa ingat apa yang yang berlaku pada tahun ini. Tapi yang pastinya saya dijaga oleh Acu saya semasa ibu dan ayah saya pergi kerja. Acu sayalah yang menjaga saya ketika ibu dan ayah saya pergi kerja kerana Acu saya tidak bekerja pada waktu itu. Bukan tidak pernah bekerja tetapi dia berhenti bekerja untuk sementara waktu. Pada tahun ini, saya berusia 3 tahun. Hmm...baru 3 tahun.

Saya rasa ada satu kisah menarik yang berlaku pada tahun ini. Pada suatu hari, Acu saya pergi ke belakang rumah untuk menyidai pakaian yang telah dibasuh. Nak dijadikan cerita, saya tutup pintu belakang tersebut dan menyelak selak yang ada pada pintu tersebut. Pada mulanya Acuku tidak perasan akan tindakan saya itu. Apabila dia habis menyidai pakaian, dia pergi membuka pintu dan dia mendapati pintu tersebut terkunci dari dalam. Acu saya menyuruh saya untuk membuka pintu tersebut tetapi saya tidak faham apa yang diminta oleh Acu saya. Yealah, baru berumur 3 tahun. Masih kecil lagi. Puaslah Acu saya menyuruh saya membuka pintu tetapi saya masih tidak mengerti. Jadi, apa lagi Acu saya merempuh pintu tersebut sehingga terbuka dan penyelak tersebut patah. Wow, kuatnya Acu saya.

Penyelak pintu

Begitulah ceritanya. Itu merupakan sebahagian cerita yang dapat saya sampaikan. Saya rasa sampai di sini saja untuk ruangan pada kali ini. Mari kita ke tahun 1995. Wassalam.

1995 - MASUK KE TASKA

Saya masuk ke taska pada tahun ini. Taska tersebut diberi nama Taska Atiqi dan terletak di Taman Bukti, setaman dengan taman yang saya duduki pada waktu itu. Saya masih ingat lagi guru di taska tersebut, namanya Cikgu Rosnah. Dia memang seorang yang baik tetapi tegas. Saya berusia 4 tahun pada tahun ini.

Seperti biasa ibu saya menghantar saya sebelum dia ke kolej. Saya belajar membaca, menulis dan mengira di taska tersebut. Pada setiap pagi diadakan kelas untuk belajar 3M (membaca, menulis dan mengira), pada waktu tengahari pula ada disediakan makanan untuk makan tengahari. Selepas itu semua kanak-kanak di taska tersebut termasuk saya dikehendaki tidur sebelum penjaga datang mengambil anak masing-masing. Begitulah rutin harianku di taska tersebut.

Saya masih ingat lagi satu peristiwa yang berlaku semasa saya berada di taska ini. Pada suatu hari, saya tidak mahu ke taska kerana pada waktu itu kaki saya luka kerana terjatuh daripada basikal pada hari sebelumnya. Tetapi ibu saya mahu saya pergi ke taska juga walaupun kaki saya masih luka. Saya menangis dan merayu supaya tidak menghantar saya ke taska. Ibu saya tetap menghantar saya ke taska. Apabila tiba di taska ibu saya mendukung saya dan membawa saya kepada Cikgu Rosnah dengan kaki yang luka walaupun saya tetap merayu supaya tidak menghantar saya. Cikgu Rosnah menyambut saya daripada dukungan ibu saya. Kemudian ibu saya berkata kepada Cikgu Rosnah bahawa kaki saya luka dan perlu banyak berehat. Saya tetap merayu dan menangis supaya tidak menghantar saya ke taska tetapi ibu saya terpaksa menolak kerana dia sibuk pada hari itu.

Ketika di dalam kelas Cikgu Rosnah membawa saya ke hadapan kelas dan memberitahu kepada sahabat-sahabat lain bahawa saya cuma luka sikit tetapi tidak mahu ke taska. Saya dengan perasaan malu dan geram saya telah memukul Cikgu Rosnah dan memarahinya. Bila teringatkan balik memang tak patut buat begitu pada seorang guru. Tetapi pada waktu itu saya masih kecil dan tidak dapat berfikir dengan sempurna. Sebab itulah saya buat begitu kepadanya.

Pada tahun ini juga, saya telah bertemu dengan seorang sahabat yang bernama Naufal b Ahmad Azhari. Dia merupakan sahabat baikku yang paling lama. Saya memang berkenalan dengannya sejak tahun ini lagi.

Huh, sampai di sini saja kisah yang saya ingin kongsikan bersama. Mari kita ke tahun 1996. Wassalam.

1996 - MASUK KE TADIKA

Tahun ini merupakan tahun saya masuk ke tadika. Pada tahun ini, saya berusia 5 tahun. Mulai awal bulan Januari 1996, saya masuk ke Tadika Al-Huda yang terletak di Taman Paroi Jaya, Seremban, N. Sembilan. Memang seronok dapat masuk ke tadika. Saya dapat berjumpa ramai sahabat-sahabat baru di tadika.

Saya masih teringat lagi saat-saat saya masuk ke tadika pada awal bulan Januari 1996. Pada hari pertama, ibu saya yang menghantar saya ke tadika. Ketika saat untuk masuk ke dalam kawasan tadika, saya menangis. Saya menangis kerana tidak biasa dengan suasana di tempat baru : tadika. Ibu saya cuba untuk memujuk saya tetapi saya tetap menangis. Ketika hendak masuk kelas, saya masih menangis dan ibu saya terpaksa memimpin saya ke dalam kelas. Saya duduk sebelah seorang sahabat. Saya tidak berapa ingat nama sahabat tersebut. Ibu saya meminta supaya sahabat saya di sebelah saya itu memujuk saya supaya saya senyap. Sahabat saya itulah merupakan sahabat pertama yang saya kenal di dalam kelas itu. Memang saya senyap selepas itu. Saya rasa mungkin saya menangis disebabkan saya tidak mempunyai sahabat. Selepas hari pertama, saya tidak menangis lagi malah bertambah gembira. Saya dapat berkenalan dengan ramai sahabat baru. Kami bermain bersama-sama di tadika terutamanya pada waktu rehat. Memang seronok dapat bermain bersama-sama sahabat baru. Saya masih teringat lagi saat-saat saya bermain bersama sahabat saya sehingga sekarang. Itu merupakan saat-saat manis ketika saya berada di Tadika Al-Huda.

Saya juga ada melancong bersama keluarga ke beberapa tempat pada tahun ini. Tempat-tempat yang pernah saya lawati pada tahun ini ialah seperti Pulau Langkawi (Kedah) dan Pulau Pinang. Selain itu, saya ada juga ke Pameran Angkasa yang diadakan di Shah Alam bersama-sama keluargaku. Ini merupakan tempat-tempat yang pernah saya lawati sepanjang tahun 1996. Kami sekeluarga melancong ke tempat-tempat ini terutamanya pada waktu cuti persekolahan. Saya masih teringat lagi detik-detik melancong bersama-sama keluarga. Detik-detik ini merupakan pengalaman manis yang saya lalui sepanjang tahun 1996 ini. Saya melancong bersama-sama keluarga sebelah ibu saya ketika melancong ke Pulau Langkawi (Kedah). Saya pergi melancong bersama-sama keluarga Acuku. Saya masih terfikir-fikir alangkah seronoknya jika saya dapat berundur ke zaman kanak-kanak saya semula. Tapi apakan daya, masa tidak boleh berundur. Hmm....sobx2 (sedih).

Ketika berada di P. Langkawi

Dataran Lang, P. Langkawi

Pada akhir tahun ini, saya berpindah ke Sepang, Selangor. Saya sekeluarga tinggal di Kuarters JKR Sepang kerana ayah saya telah berpindah tempat kerja dari Shah Alam ke Sepang. Apapun saya rasa seronok juga berpindah ke Sepang kerana mendapat sahabat baru di sana. Kuarters JKR yang saya tinggal itu tidaklah berapa jauh dari KLIA, Sepang.

Baik, saya telah bercerita panjang tentang pengalaman saya pada tahun 1996 ini. Saya akan menambah lagi cerita saya jika saya teringat. Mari kita ke tahun 1997. Wassalam.

1997 - MASUK KE SEKOLAH RENDAH

Umur saya pada tahun ini meningkat. Saya berusia 6 tahun pada tahun ini. Wah, sudah 6 tahun saya hidup. Saya mula masuk ke sekolah rendah pada tahun ini, tahun 1997. Saya masuk ke Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah (SRIAS), Seremban, Negeri Sembilan. Sekolah ini merupakan sekolah swasta yang berdaftar dan tidak bergantung pada pihak kerajaan. Segala urusan pentadbiran dan kewangan diuruskan oleh Ahli Lembaga Pengarah As-Saidiyyah dan mudir*nya sendiri. Sekolah ini terpaksa menumpang dahulu di Sekolah Agama Rakyat di Gedung Lalang, Ampangan, Seremban sebelum berpindah ke bangunan sekolah yang baru di Senawang pada tahun 1999. Ini merupakan sebahagian daripada pengenalan sekolah rendah ini.


Papan tanda SRI As-Saidiyyah

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa umur 6 tahun boleh masuk ke sekolah rendah dan masuk ke darjah 1 sedangkan yang murid-murid lain masuk ke darjah 1 ketika berumur 7 tahun. Sebenarnya, pada waktu itu sekolah membenarkan murid-murid yang baru berumur 6 tahun memasuki ke darjah 1. Lagipun sekolah ini merupakan sekolah swasta dan tidak ada link dengan pihak kerajaan. Memang seronok jugalah sebab dalam kelas, saya merupakan antara murid yang paling muda. Bukan saya seorang saja, ada beberapa sahabat-sahabat saya yang lain, yang baru berumur 6 tahun juga masuk ke darjah 1. Tetapi bilangannya tidaklah terlalu ramai.

Saya masih ingat lagi guru kelas saya pada waktu itu, Mualimah* Hamidah bt Talib. Dia merupakan guru subjek Bahasa Inggeris. Dia banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan sahabat-sahabat sekelas.

Ketika pulang dari sekolah, saya tidak terus pulang ke rumah, tetapi saya ke rumah Mualimah Hayati bt Baharum untuk belajar Bahasa Arab. Bukan saya seorang saja tetapi ada beberapa orang sahabat lagi turut sama belajar di rumah Mualimah Hayati. Di rumah Mualimah Hayatilah saya membersihkan diri dan makan tengahari sebelum saya belajar dengannya pada waktu petang. Begitulah rutin harian persekolahanku bermula dari hari Isnin hingga hari Jumaat. Pada setiap hari Jumaat, suami Mualimah Hayati membawa saya dan sahabat-sahabat lelaki yang lain bersembahyang Jumaat di Masjid Sungai Landak, Ampangan, Seremban. Memang ini merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sehingga hari ini.

Pada tahun ini juga saya ada mengikuti keluarga sebelah ayahku melancong ke Cameroon Highland di Pahang. Datuk sebelah ayahkulah yang merancang untuk melancong ke Cameroon Highland ini. Kami pergi ke Cameroon Highland beramai-ramai secara konvoi dari Klang (rumah datukku) ke Cameroon Highland. Memang seronok dapat melancong ke Cameroon Highland dan saya berharap agar dapat pergi lagi.


Ketika berada di Cameroon Highland

Mungkin sampai di sini saja cerita yang dapat saya sampaikan. Mari kita ke tahun 1998. Ada peristiwa besar berlaku pada tahun 1998 ini. Wassalam.

*mudir : guru besar, mualimah : cikgu

1998 - TAHUN KELAHIRAN ADIKKU

Wah, dah masuk tahun 1998. Rasa sekejap je berada di tahun 1997. Mungkin keseronokan berada di sekolah rendah menyebabkan saya rasa seperti sekejap je berada pada tahun 1997. Walaubagaimanapun, saya berusia 7 tahun pada tahun ini. Dah 7 tahun dah yea berada di alam dunia ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah masih memberi nyawa untuk hidup.


Pada tahun ini, saya masuk ke darjah 2 dan kelas saya ialah 2 Umar. Guru kelas saya pada ketika itu ialah Mualimah Rohani bt Abd Rahman. Dia merupakan guru subjek Bahasa Melayu. Mualimah Rohani meman
g seorang mualimah yang baik. Tetapi dia seorang yang tegas. Dia selalu mengingatkan kami sekelas supaya sentiasa membersihkan kelas, supaya jangan jadi kelas tercorot. Pada tahun ini juga, saya masih ke rumah Mualimah Hayati selepas tamat persekolahan. Rutin harianku di rumah Mualimah Hayati pada tahun lepas sama dengan pada tahun ini. Tidak banyak bezanya.

Tahun ini merupakan tahun keramat bagi keluargaku. Pada tahun ini, adikku yang kedua dilahirkan. Alhamdulillah, dia selamat dilahirkan di Hospital Besar Seremban (sekarang Hospital Tuanku Jaafar), Seremban, N Sembilan. Ibu ayah saya memberikan nama Nur Husna kepada adik saya itu. Saya berasa amat gembira kerana mendapat adik walaupun beza umur antara adik saya itu dengan saya ialah 7 tahun. Memang jauh bezanya itu. Tapi apa boleh buat, hanya bersyukur kepada Allah saja.


Gambar adik saya ketika berada di hospital


Selepas adik saya keluar dari hospital

Tahun ini saya serta ahli keluargaku banyak menetap di rumah kakak ibuku, Ngah di Seremban. Ini kerana jarak antara rumahku di Sepang dengan Seremban agak jauh juga. Jadi agak ralat juga untuk berulang-alik dari Seremban ke Sepang atau dari Sepang ke Seremban dengan membawa adikku yang masih kecil itu. Walaupun begitu, kami sekeluarga ada juga balik ke Sepang. Bukannya tinggalkan begitu saja.

Apapun setakat di sini saja celoteh yang dapat disampaikan. Mari kita ke tahun 1999. Wassalam.

1999 - PENGHIJRAHAN DARI SEPANG KE SEREMBAN

Huh...dah masuk tahun 1999 rupanya. Rasa cepat masa berlalu. Saya berusia 8 tahun pada tahun ini dan masuk ke darjah 3. Saya masuk ke kelas 3 Uthman pada tahun ini. Guru kelas saya pada waktu itu ialah Mualimah Nordinawati bt Rejab yang juga guru subjek Bahasa Melayu bagi kelasku.

Untuk tahun ini, saya ada beberapa pengalaman menarik yang ingin dikongsi bersama. Kisah yang pertama bermula begini. Pada suatu hari, saya tidak berapa ingat bila, rasanya pertengahan tahun, Naufal telah menubuhkan satu kumpulan yang diberi nama kumpulan Keadilan. Walaupun kumpulan itu baru saja ditubuhkan, ada la beberapa orang pengikut yang juga sahabat sekelas menyertai kumpulan tersebut. Saya berasa seperti tidak puas hati atas tindakan Naufal menubuhkan kumpulan tersebut. Tidak berapa lama selepas kumpulan Keadilan itu ditubuhkan, saya telah menulis sepucuk surat dan memberi surat tersebut terus kepada Naufal. Saya menyatakan di dalam surat tersebut bahawa saya tidak puas hati akan penubuhan kumpulan Keadilan tersebut. Saya juga menyatakan bahawa saya akan menubuhkan satu lagi kumpulan untuk menentang kumpulan Keadilan.


Sedang menulis surat

Kemudian Naufal berjumpa dengan saya dan mengisytiharkan 'perang' ke atas kumpulan yang akan ditubuhkan saya itu. Disebabkan Naufal ingin 'berperang' dengan saya, jadi pada hari itu juga saya menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama kumpulan Saidina Omar. Semasa penubuhan awal kumpulan tersebut, hanya 3 orang sahabat saya saja sanggup menjadi ahli kumpulan saya. Saya berjumpa semula dengan Naufal dan memberitahu bahawa saya akan mula 'berperang' dengannya selepas tamat waktu persekolahan.

Selepas tamat waktu persekolahan, ahli kumpulan saya dan Naufal berkumpul di belakang sekolah. Pada waktu itu, cuma 2 daripada 9 orang ahli kumpulan Keadilan saja yang hadir untuk 'berperang'. Dengan kekuatan seramai 4 orang ahli kumpulan Saidina Omar, kami memulakan 'peperangan' tersebut. Saya masih ingat lagi yang saya memang betul-betul 'berperang' dengan Naufal, seperti betul-betul bergaduh. Akhirnya kumpulan saya menang dan kumpulan Naufal tewas dalam 'peperangan' tersebut. Naufal berkata dia akan tetap terus menentang kumpulanku ini. Saya tidak kisah semua itu kerana kumpulan saya telah berjaya menewaskan kumpulan Keadilan pada hari pertama.

Pada mulanya, kumpulan Keadilan mempunyai ahli yang paling ramai, iaitu seramai 9 orang ahli. Tetapi setelah saya mempromosikan propaganda kepada semua sahabat sekelas saya bahawa jika sesiapa yang menyertai kumpulan Saidina Omar akan menerima sejumlah wang daripada saya. Walaupun itu cuma propaganda tetapi ramai yang telah keluar daripada kumpulan Keadilan dan menyertai kumpulan Saidina Omar. Setiap hari ahli kumpulan Keadilan berkurangan dan ahli kumpulan Saidina Omar bertambah. Cuma sahabat yang betul-betul setia dengan kumpulan Keadilan saja tidak keluar daripada kumpulan tersebut. Setelah taktik pertama saya berjaya, saya dapat mengumpulkan seramai 11 orang ahli. Kumpulan Keadilan cuma mempunyai 4 orang ahli. Pada waktu itu saya sungguh berbangga kerana dapat mengumpul ramai ahli dan rasa seperti manusia berkuasa di dalam kelas 3 Uthman.

Setiap hari kami 'berperang' sesama sendiri. Kami 'berperang' tidak kira waktu, samada semasa waktu pagi, semasa waktu rehat ataupun semasa waktu tamat persekolahan. Kami 'berperang' menggunakan getah, pasir, lidi, senjata kertas dan yang paling dasyat sekali batu. Senjata kertas merupakan senjata yang paling famous dan sentiasa digunakan setiap kali 'peperangan' berlaku. Mungkin ada yang masih tidak tahu apakah senjata kertas tersebut? Senjata kertas merupakan senjata yang mudah dicipta dan dibawa. Ianya terdiri daripada dua bahan iaitu kertas dan getah. Kertas tersebut dilipat kecil-kecil dan membentukkan kertas tersebut menjadi seperti sebutir peluru. Kami menggunakan getah untuk melastik peluru kertas tersebut ke arah musuh.

Inilah senjata kertas


Beginilah caranya untuk melastik peluru kertas


'Peperangan' ini berlarutan sehingga akhir tahun. Kami terus berjuang demi menaikkan nama kumpulan masing-masing. Tetapi dalam kebanyakan 'peperangan', kumpulan Saidina Omar sentiasa berada di tempat teratas, mungkin disebabkan ahli kumpulan yang paling ramai. Hahahaha...

Begitulah kisah yang tragis berlaku pada tahun 1999. Pengalaman itu merupakan pengalaman yang sukar saya lupakan kerana ianya memberi 1001 makna dalam kehidupan seharianku.


Pada akhir tahun ini, saya berpindah dari Sepang ke Seremban. Ini kerana ayah saya telah berpindah tempat kerja. Dia berpindah dari Sepang ke Masjid Tanah, Melaka dan menjadi penghulu di sana. Walaupun ayah saya bekerja di Masjid Tanah tetapi kami berpindah ke Seremban kerana memudahkan ibu saya untuk ke kolejnya memandangkan ibu saya tidak berpindah ke mana-mana. Jadi kami sekeluarga tinggal di Taman Cengal Utama, Seremban, N Sembilan. Maka saya terpaksalah berpisah dengan sahabat saya di Sepang. Apapun saya mendapat sahabat baru di Seremban. Begitulah lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Tahun ini juga merupakan tahun saya berkhatan. Saya masih ingat lagi yang saya berkhatan sehari sebelum pilihanraya tahun 1999. Saya berkhatan di Poliklinik Hidayah yang terletak di Ampangan, Seremban. Uuhh...memang sakit berkhatan ni. Saya masih ingat lagi yang saya menjerit kesakitan selepas pulang dari berkhatan kerana ubat bius yang telah disuntik telah habis. Itu merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan sehingga hari ini.

Ketika berada di luar Poliklinik Hidayah

Selepas berkhatan

Hmm...sampai di sini saja kisah yang hendak saya sampaikan. Saya berharap agar sesiapa yang membaca meneruskan pembacaan sehingga tamat. Mari kita ke tahun 2000. Wassalam.

2000 - TAHUN ALAF BARU

Hmm...tahun ini merupakan tahun alaf baru. Saya berusia 9 tahun pada tahun ini. Saya masuk ke darjah 4 pada tahun ini. Saya masih lagi bersekolah di SRI As-Saidiyyah. Pada tahun ini, saya masuk ke kelas 4 Uthman. Guru kelas saya pada waktu itu ialah Mualimah Norashikin bt Jamal.

Pada tahun ini, untuk pengetahuan semua saya masih lagi ‘berperang’ dengan Naufal sehingga awal bulan Februari. Hahaha...memang lucu bila mengenang kembali peristiwa ‘peperangan’ yang berlaku antara saya dan Naufal. Tapi kami tidak ‘berperang’ secara fizikal pada tahun ini tetapi lebih kepada ‘peperangan’ secara mental dan lebih bertamadun. Kami mengadakan pertandingan robot, di mana setiap kumpulan mestilah melakar beberapa jenis robot di atas kertas dan membandingkan mana robot yang paling canggih dan unik. Mana-mana kumpulan yang berjaya melakar robot yang canggih dan unik dikira sebagai pemenang.

Lakaran robot

Tetapi malangnya kumpulan saya kalah dalam pertandingan itu. Tetapi saya masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut ingin bertanding semula dengan melakar robot yang lebih canggih dan unik. Pelukis robot saya, Munzir dan beberapa sahabat lain melakar robot untuk saya dengan tekun sekali. Kami bertanding semula, tetapi malangnya kumpulan saya kalah sekali lagi. Kumpulan Naufal menang dalam pertandingan robot itu. Pelukis robot Naufal, Izzat memang pandai melukis.

Lakaran robot

Saya masih tidak berpuas hati. Saya ingin berlawan lagi dengan kumpulan Keadilan. Tapi pada kali ini saya mahu bertanding dalam perlawanan tarik tali. Kami tidak menarik tali sebenar tetapi menarik badan orang yang menjadi tali dalam pertandingan ini. Saya tak berapa ingat siapa yang menang, tapi rasa-rasanya kumpulan saya yang menang. Hehehehe...

Akhirnya, kami berdua berdamai pada awal bulan Februari 2000. Kami tidak lagi ‘berperang’ selepas itu dan kumpulan kami dibubarkan atas sebab untuk mengelakkan berlaku semula ‘peperangan’ dan perpecahan di kalangan ahli kelas kami. Jadi saya dan Naufal bersama-sama membubarkan kumpulan Saidina Omar dan kumpulan Keadilan.

Kami berdamai semula

Begitulah kisahnya tragedi yang berlaku pada awal tahun ini. Memang mencabar juga untuk mencipta robot walaupun kami mempunyai pakar dalam melakar robot di dalam kumpulan kami. Heisy, pengalaman itu memang saya tak dapat lupakan sampai bila-bila.

Nampaknya sampai di sini saja kisah yang sempat saya lakarkan. Saya akan sambung kisah saya untuk tahun berikutnya. Mari kita ke tahun 2001. Wassalam.

2001 - HMM...

Tahun demi tahun telah berlalu. Masuk tahun ini saya telah hidup genap 10 tahun. Wah, dah sedekad saya hidup. Alhamdulillah. Pada tahun ini saya masuk darjah 5. Kelas saya ialah kelas 5 Zubair. Guru kelas saya pula ialah Mualimah Fariza bt Ibrahim dan dia merupakan guru subjek Sains. Dia memang seorang yang baik dan penyayang.


Nampaknya pada tahun hadapan saya akan menduduki sebuah peperiksaan yang besar ; Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pada tahun ini, saya banyak dihantar oleh ibu ayah saya ke pusat-pusat tuisyen bagi memantapkan lagi prestasi saya dari segi akademik. Sebenarnya saya telah dihantar oleh ibu ayah saya ke pusat tuisyen sejak tahun 1999 lagi, tetapi pada tahun ini lebih banyak lagi pusat tuisyen yang dihantar oleh ibu ayah saya. Semuanya demi prestasi akademik saya.

Pada tahun ini juga sekolah banyak mengadakan lawatan sambil belajar. Antara tempat-tempat yang pernah dihantar oleh sekolah dan yang pernah saya lawati ialah Melaka, Rumah Orang Tua di Seremban, Pameran Sains di Rembau, MAHA dan banyak lagi. Memang seronok dapat melawat ke tempat-tempat sebegini bersama sahabat-sahabat terutamanya sahabat sekelas. Selain itu, saya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya selepas melawat ke tempat-tempat yang berunsur pendidikan, contohnya ketika melawat Pameran Sains di Rembau.


Kota A Famosa, Melaka

Muzium Maritim, Melaka


Pada tahun ini juga, berlaku satu kisah sedih yang tidak dapat dilupakan. Datuk saya, Mohd Tahir b Jilin meninggal dunia pada tahun ini. Dia meninggal dunia 2 hari selepas hari raya Aidiladha akibat kemalangan. Masa itu datuk saya bersama nenek tiri dan anak-anaknya dalam perjalanan ke Melaka. Di sebabkan datuk saya menghidap penyakit jantung, jadi ketika dia sedang memandu tiba-tiba ada sebuah kereta memotongnya dari belakang secara tiba-tiba. Ini menyebabkan datuk saya terkejut dan pengsan. Apabila dia pengsan, dia tidak dapat mengawal kereta yang dipandunya itu lalu merempuh sebatang pokok di tepi jalan. Akibat pelanggaran itu, tulang rusuk datuk saya patah akibat terkena pada steering dan sebab itulah dia meninggal dunia. Memang saya berasa amat sedih kehilangannya kerana dia suka membawa keluarga, anak-anak dan cucu-cucunya melancong ke mana-mana.

Heisy, nampaknya sampai di sini saja kisah diriku yang dapat saya sampaikan. Mari kita ke tahun 2002, satu tragedi yang menyedihkan berlaku pada tahun 2002. Wassalam.

2002 - IBUKU MASUK KE HOSPITAL

Wah, dah masuk tahun 2002. Cepatnya masa berlalu. Saya berusia 11 tahun pada tahun ini. Tahun ini saya masuk ke darjah 6. Kelas yang saya masuk pada tahun ini ialah kelas 6 Abu Bakar. Guru kelas saya ialah Mualimah Zanaidah bt Muhamad dan dia merupakan guru subjek Bahasa Melayu. Nampaknya saya akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. Huh, memang menakutkan. Tapi apa boleh buat, terpaksalah juga mendudukinya walaupun umur saya masih 11 tahun, belum lagi mencecah 12 tahun. Sebenarnya saya bukan menduduki UPSR sahaja pada tahun ini, tetapi saya juga menduduki satu lagi peperiksaan iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI). Peperiksaan ini hanya untuk sekolah swasta seperti saya. Maknanya saya terpaksa ambil 13 subjek semasa darjah 6 apabila digabungkan kedua-dua peperiksaan, tidak seperti sekolah biasa, cuma ambil 5 subjek.

Pada tahun ini juga, sekolah banyak membuat lawatan sambil belajar. Lawatan yang paling seronok sekali ialah ketika sekolah membuat lawatan ke Pulau Pinang. Lawatan tersebut merupakan lawatan terakhir bagi saya dan sahabat-sahabat sekelas sebelum kami menduduki UPSR dan UPSRI. Memang seronok dapat pergi ke lawatan sebegitu. Masa inilah kita nak bersukaria bersama-sama sahabat-sahabat sekelas kerana selepas tamat darjah 6 semuanya akan berpisah dan mungkin tidak akan bertemu semula. Sobx2 (sedih)...tapi saya yakin saya akan bertemu semula dengan mereka pada suatu hari nanti.

Pulau Pinang Pulau Mutiara

Pada bulan Julai, saya menduduki peperiksaan UPSRI ini. Seramai 28 orang calon yang menduduki peperiksaan ini. Ini kerana semasa batch saya, hanya ada satu kelas sahaja. Sebelum ini iaitu pada tahun 2001, ada beberapa sahabat lagi di dalam kelas saya tetapi mereka semua telah berpindah sebelum masuk tahun 2002. Mungkin mereka tidak mahu mengambil subjek yang terlalu banyak dan sebab itulah mereka berpindah dari sekolah ini.

Pada awal bulan September, peperiksaan UPSR pun bermula. Seramai 28 orang calon juga yang menduduki peperiksaan ini. Saya menjawab dengan tekun sekali semasa peperiksaan sedang dijalankan. Saya masih teringat lagi yang saya cuba untuk meniru semasa peperiksaan UPSR. Bukan meniru kawan sebelah tetapi menampal beberapa formula di bawah meja. Tetapi untuk mengelakkan daripada tertangkap oleh pengawas peperiksaan atas tindakan saya itu jadi saya tidak jadi untuk melakukannya.

UPSR 2002

Waktu selepas peperiksaan UPSR memang saat yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar tahun 6. Ini kerana kami boleh relaks daripada membaca atau mengulang kaji pelajaran untuk sementara waktu sebelum masuk ke Tingkatan 1. Saya telah membeli permainan Billionaire dan membawanya ke sekolah untuk bermain bersama-sama sahabat. Kami juga bermain bola sepak di padang dan merayau-rayau di sekitar sekolah memandangkan kami sudah tidak perlu belajar lagi. Saya masih teringat lagi semasa saya merayau-rayau saya telah disengat oleh seekor lebah di kaki kananku. Saya pun tidak pasti macam mana lebah tersebut menyengatku. Walau apapun bisanya tidaklah terlalu kuat. Jadi saya masih boleh berjalan dan hanya menahan daripada bisa tersebut daripada merebak dengan cara mengambil stokinku dan mengikatnya di bahagian kaki yang terkena sengatan tadi.

Permainan Billionaire

Tetapi suatu tragedi telah menimpa pada ibuku selepas saya habis menduduki peperiksaan UPSR. Tragedi ini berlaku sekitar bulan Oktober dan November. Ibuku diserang demam panas secara tiba-tiba. Puas kami sekeluarga membawanya ke klinik tetapi doktor cuma kata demam panas biasa saja. Tetapi pernah satu kes yang menakutkan berlaku ke atas ibuku. Kejadian ini berlaku semasa saya dan ayah saya menunaikan solat Subuh di surau. Ibu saya terbatuk-batuk pada ketika itu. Kemudian dia bangun dan bersandar pada dinding di sebelahnya. Apa yang mengejutkan ibuku, dia ternampak sebuah lembaga di mana bentuknya hanya rangka saja dengan rambut yang panjang bersandar sama di sebelah ibu saya. Ibu saya amat terkejut. Tidak berapa lama kemudian lembaga tersebut hilang. Ibu saya menceritakan kejadian tersebut kepada saya dan ayah saya semasa kami pulang dari surau.

Setiap hari saya membaca surah Yaasin di sebelah ibu saya. Memang sedih apabila melihat keadaan ibu yang tenat dan lemah. Apa yang saya mampu lakukan ialah hanya berdoa kepadaNya dan membaca surah Yaasin di sebelah ibu saya. Banyak juga kejadian yang pelik-pelik berlaku semasa ibu saya sakit. Apabila mendapati demam ibu saya tidak sembuh-sembuh setelah sekian lama, ayah saya membawa ibu saya ke Hospital Kampung Baru di Kuala Lumpur. Setelah doktor di hospital tersebut memeriksa ibu saya, dia mengatakan yang dia tidak berapa pasti apa jenis penyakit yang dihidapi oleh ibu saya. Kemudian doktor tersebut memanggil ambulans dan meminta ayah saya merujuk pada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras. Ambulans tersebut membawa ibu saya ke HUKM untuk mendapatkan pengesahan dan rawatan daripada doktor-doktor pakar di HUKM.

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Bangunan HUKM

Apabila tiba di HUKM, doktor di sana memeriksa keadaan ibu saya. Doktor di HUKM mengesahkan ibu saya menghidap 2 penyakit yang berbahaya secara serentak iaitu penyakit yang dipanggil Acute Anaemia Chronic Pneumonia dan Pneumonia Microplasma Severe. Kedua-dua penyakit ini ada kaitan dengan paru-paru. Kemudian, ibu saya dimasukkan ke dalam wad biasa dalam tempoh sehari sebelum dia dipindahkan ke wad ICU. Ibu saya tidak sedarkan diri di dalam wad ICU selama 11 hari. Pada waktu itu, saya berasa amat sedih kerana ibu saya dimasukkan ke dalam wad ICU dan tidak sedarkan diri selama 11 hari. Doktor pernah mengatakan bahawa keadaan ibu saya ini tidak berapa stabil dan peluang untuk hidup amat tipis. Saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya ibu saya sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Gambar paru-paru manusia

Tidak berapa lama selepas ibu saya dimasukkan ke dalam wad ICU, keputusan peperiksaan UPSR diumumkan. Saya cuma mendapat 3A 1B 1C. Saya berasa amat dukacita apabila mendapati keputusan saya tidak begitu memuaskan ditambah pula dengan keadaan ibu saya yang masih tenat di hospital. Tapi saya tetap tabah. Saya terfikir mungkin ada hikmahnya saya mendapat keputusan sebegitu rupa. Apapun saya bersyukur kerana saya masih mempunyai A dalam keputusan tersebut.

Ayah saya berulang-alik setiap hari ke HUKM. Saya juga kerap ke HUKM tetapi tidaklah sekerap ayah saya. Semasa ibu saya berada di dalam wad ICU dan tidak sedarkan diri selama 11 hari, ramai sahabat-sahabat ibuku, ayahku, kaum keluarga, jiran tetangga dan anak didik ibuku datang melawat ibuku di HUKM. Kebanyakannya datang dari Seremban semata-mata untuk melawat ibuku yang terlantar du dalam wad ICU. Sementara itu, surau tamanku ada mengadakan solat sunat hajat khas untuk ibuku yang tercinta supaya sentiasa selamat.

Akhirnya syukur ke hadrat Ilahi, ibu saya tersedar pada hari ke-11 setelah 11 hari tidak menyedarkan diri. Kemudian ibu saya dimasukkan ke dalam wad biasa selama 6 hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Syukur Alhamdulillah, ibu saya sihat seperti biasa setelah pulang ke rumah. Mungkin berkat solat sunat hajat yang dilakukan di surau tamanku dan mereka yang pernah berdoa agar ibuku selamat menyebabkan ibuku sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat setelah pulang.

Begitulah kisahnya apa yang berlaku kepada diriku dan ibuku sepanjang tahun 2002 ini. Diharap kisah ini dapat memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja. Baik, mari kita ke tahun 2003. Wassalam.

2003 - MASUK KE SEKOLAH MENENGAH

Tahun ini merupakan tahun saya masuk ke alam sekolah menengah. Huh, dah masuk sekolah menengah dah rupanya saya. Saya masuk ke Tingkatan 1 di SMK Dato' Hj Mohd Redza (SMKDHMR), Sikamat, Seremban, N. Sembilan. Saya masuk ke sekolah ini kerana disyorkan oleh seorang ustaz yang bernama Ustaz Zuhaidi yang juga merupakan jiran setaman. Dia mengesyorkan sekolah ini kerana sekolah SMKDHMR merupakan sekolah yang mempunyai Kelas Aliran Agama (KAA) yang terbaik di Seremban. Saya tidak dapat masuk ke MRSM dan SBP kerana keputusan UPSRku tidak memuaskan. Jadi apabila saya masuk ke sekolah ini sekurang-kurangnya saya dapat menyambung semula pembelajaran Bahasa Arab saya di sini.

Lencana SMKDHMR

Pada minggu pertama di sekolah ini saya menjalani minggu orientasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 selama seminggu. Saya dan yang lain-lain ditempatkan di dalam Makmal Komputer yang baru dibina. Memandangkan makmal komputer ini baru dibina dan belum lagi ada komputer jadi tempat tersebut sesuai dijadikan sebagai tempat bagi menjalankan minggu orientasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1. Pada waktu ini semua pelajar-pelajar Tingkatan 1 diagih-agihkan mengikut kelas masing-masing. Kelas Aliran Agama cuma ada 2 kelas saja. Saya ditempatkan di dalam kelas 1 Arif 2, kelas yang mempunyai pelajar paling sedikit.

Dewan sekolah SMKDHMR

Selepas tamat minggu orientasi, semua pelajar Tingkatan 1 boleh masuk ke kelas masing-masing dan belajar seperti biasa. Pada tahun ini, pelajar-pelajar Tingkatan 1 merupakan pelajar sesi petang. Jadi kami semua belajar pada waktu petang. Cuma Kelas Aliran Agama sahaja dikehendaki datang pada pukul 10 pagi untuk belajar Bahasa Arab.

Pada minggu selepas minggu orientasi, saya dan sahabat-sahabat sekelas saya masuk ke dalam kelas. Guru kelas saya, Pn Zainon bt Nazar kemudian masuk ke dalam kelas. Dia masuk untuk memeriksa kehadiran pelajar, mengenal pelajar-pelajar kelas 1 Arif 2 dan melantik ketua kelas, penolong ketua kelas dan AJK kelas. Apabila tiba masa untuk melantik ketua kelas, nama saya dicalonkan sebagai ketua kelas. Selepas mengundi, jumlah pelajar yang mengundi nama saya merupakan yang tertinggi, jadi saya dilantik menjadi ketua kelas. Wah, tak sangka saya dapat menjadi ketua kelas. Pada mulanya saya menolak tetapi apakan daya, majoriti telah memilih saya menjadi ketua kelas. Pergh, memang penat menjadi ketua kelas ni, kena cari cikgu, kena jaga kelas, kena tolong cikgu dan pelbagai lagi. Tetapi saya berasa amat seronok menjadi ketua kelas selepas beberapa bulan kemudian.

Pn Zainon bt Nazar merupkan guru kelas yang baik. Dia mengajar subjek Bahasa Melayu. Saya suka belajar dengannya. Dia juga seorang yang lemah lembut dan tidak pernah marah kepada anak didiknya. Selain dia, guru-guru lain yang mengajar saya semuanya baik-baik belaka. Saya sangat rindukan mereka.

Saya telah terpilih untuk mewakili kelas dalam kuiz Geografi yang diadakan di peringkat sekolah. Sebenarnya bukan saya seorang saja, tetapi ada 3 orang lagi juga mewakili kelas saya dan membentuk satu kumpulan. Teammates saya ialah Asmak, Anisah dan Zahidah. Walaupun setiap kelas menghantar satu kumpulan yang terdiri daripada 4 orang tetapi soalan mestilah dijawab secara individu. Untuk pengetahuan semua, ketika acara penyampaian hadiah dilakukan semasa waktu perhimpunan, kelas saya telah memenangi kuiz tersebut dan saya pula dipilih sebagai peserta terbaik dan mendapat hadiah secara individu. Wah, seronoknya mendapat 2 hadiah dalam satu masa ; hadiah perseorangan dan hadiah kumpulan.

Pada akhir tahun, setelah blok bangunan baru siap dibina (projek ini dah start sejak awal tahun lagi), semua pelajar Tingkatan 1 berpindah ke blok baru dan apabila pelajar Tingkatan 1 berpindah dari blok lama ke blok baru, maka tiada lagi waktu persekolahan pada sesi petang. Semuanya pada sesi pagi. Pada akhir tahun ini juga, saya telah mendapat anugerah dan sijil daripada pengetua sekolah kerana saya mendapat tempat ke-3 di dalam kelas. Apapun saya tetap bersyukur kerana mendapat anugerah dan sijil tersebut.

Hmm...nampaknya sampai di sini saja cerita yang dapat saya sampaikan. Mari kita ke tahun 2004. Wassalam.

2004 - HUH....

Dah masuk tahun 2004. Saya berusia 13 tahun pada tahun ini. Pada tahun ini saya masuk ke Tingkatan 2. Kelas saya pada tahun ini ialah kelas 2 Arif 1. Guru kelas saya ialah En Shamsuddin b Talip. Dia seorang guru subjek Bahasa Melayu. Dia memang seorang baik. Hmm...setakat ini semua guru kelas saya semuanya baik-baik. Tidak pernah lagi saya mendapat guru kelas yang kurang baik.

Kelas saya masih di bangunan blok baru. Jadi agak kondusif jugak la duduk kat bangunan baru. Pada tahun ini saya dicalonkan lagi sebagai ketua kelas tapi tidak mendapat undian terbanyak. Hahaha...lagipun saya memang dah serik jadi ketua kelas ni. Memang penat. Tahun ini sahabat saya, Farid yang jadi ketua kelas.

Pada tahun ini sekali lagi saya dipilih untuk mewakili kelas dalam kuiz Geografi peringkat sekolah. Teammates saya pada tahun ini pula ialah Asmak, Anisah dan Kamil Abdullah. Style kuiz pada tahun ini sama dengan tahun lepas, jawab secara individu dan markah dikumpulkan mengikut kelas. Semasa acara penyampaian hadiah dilakukan semasa waktu perhimpunan, kelas saya sekali lagi diumumkan sebagai kelas terbaik dan memenangi kuiz tersebut di tempat pertama.

Pada tahun ini, sekolah saya dipilih sebagai sekolah kunjungan pertukaran pelajar. Pelajar-pelajar dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia dan Kuzuu, Jepun telah datang melawat sekolah saya. Pergh, memang best jugak la dapat bertemu dengan pelajar asing terutamanya dari Kuzuu, Jepun.


Kuzuu Town


Pada tahun ini juga, saya dan keluarga pergi melancong ke Kuching, Sarawak. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan lawatan pertama saya ke Sarawak dan kali pertama menaiki kapal terbang. Wah, seron

oknya dapat melancong ke Kuching. Semasa berada di Kuching, kami tinggal di rumah baby-sitter adik saya yang sekarang menetap di Kuching (sebelum ini menetap di Seremban). Nasib baik la ada tempat berteduh. Bukan apa, kalau duduk hotel kena bayar, tapi kalau tinggal kat rum


ah baby-sitter adik saya tak perlu bayar apa-apa, semuanya free termasuk transport. Semuanya diuruskan oleh baby-sitter adik saya itu. Banyak tempat yang kami sempat melawat, antaranya Taman Budaya Sarawak, China Town dan banyak lagi. Kami sekeluarga berada di Kuching selama 3 hari 2 malam. Tidak la lama sangat, tapi puas. Memang seronok dapat melawat ke Kuching. Saya teringin hendak ke Kuching sekali lagi.


Ketika berada di Kampung Budaya Sarawak


Ketika berada di Kuching International Airport ; nak balik dah

Saya rasa sampai di sini saja. Mungkin saya akan tambah lagi jika saya teringat. Mari kita ke tahun 2005, tahun PMR. Wassalam.

2005 - MENDUDUKI PMR

Tahun 2005. Tahun saya menduduki peperiksaan yang penting iaitu peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pada tahun ini saya berusia 14 tahun. Hmm...umur 14 tahun dah ambil peperiksaan PMR. Pada tahun ini saya masuk ke Tingkatan 3. Kelas saya pula ialah kelas 3 Arif 1. Guru kelas saya ialah Ustzh Hjh Zainab bt Taib. Dia seorang guru yang amat baik dan juga dia merupakan salah seorang guru kesayanganku.


Pada tahun ini sekali lagi saya dipilih untuk mewakili kelas dalam kuiz Geografi peringkat sekolah. Wah, 3 tahun berturut-turut saya dipilih untuk mewakili kelas. Style kuiz pada tahun ini sama juga dengan tahun-tahun sebelumnya. Teammates saya sama dengan tahun lepas iaitu Asmak, Anisah dan Kamil Abdullah. Pada tahun ini sekali lagi kumpulan saya memenangi kuiz tersebut dan menduduki di tempat yang pertama. Wah, 3 tahun kumpulan saya memenangi kuiz Geografi ini dan menduduki di tempat yang pertama secara berturut-turut. Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kumpulan saya sekali lagi dipilih oleh-Nya untuk memenangi kuiz tersebut. Selain itu, saya juga ada menyertai kuiz Sejarah tetapi tidak memenangi apa-apa pun. Mungkin saya kurang sikit dalam subjek Sejarah, jadi saya tidak dapat memenangi di dalam kuiz Sejarah tersebut.

Masa berlalu terlalu pantas. Peperiksaan percubaan PMR tiba pada bulan Ogos 2005. Saya buat bersungguh-sungguh semasa peperiksaan percubaan PMR tersebut. Tetapi dengan takdir Allah, saya cuma mendapat 3A sahaja dalam peperiksaan percubaan PMR dan yang lain-lain saya tidak ingat. Selepas mendapat keputusan peperiksaan percubaan tersebut, saya bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh lagi walaupun hanya tinggal beberapa bulan saja lagi.

Saya masih teringat lagi satu peristiwa yang sedih yang pernah saya alami selepas peperiksaan percubaan. Tanggal 22 Ogos 2005, Ustzh Hjh Zainab, guru kesayangan saya telah bersara. Pada hari itu, sebelum majlis persaraan di buat, semua pelajar Tingkatan 3 berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat peperiksaan PMR yang disampaikan oleh guru Setiausaha Peperiksaan. Setelah tamat taklimat tersebut, semua pelajar bersalam-salaman dengan guru-guru yang sempat hadir di dewan tersebut. Saya bersalam-salaman dengan guru-guru yang ada di situ termasuk Ustzh Zainab. Kemudian beberapa pelajar terutamanya pelajar yang menjadi harapan sekolah untuk peperiksaan PMR dipanggil untuk menikmati sedikit jamuan di kantin secara percuma. Menunya ialah nasi ayam. Tetapi yang menjadi penyebab saya terasa terharu ialah Ustzh Zainab telah banyak menguruskan jamuan tersebut, mengagih-agihkan makanan dan gelas sedangkan dia yang akan bersara pada hari itu dan sepatutnya pelajarlah yang meraikannya, bukan dia meraikan pelajar.

Selepas tamat jamuan tersebut, saya masuk ke kelas untuk menguruskan jamuan kelas bersama-sama sahabat sekelas yang lain kerana pada hari itu juga kelas saya mengadakan jamuan akhir tahun dan jamuan perpisahan khas untuk Ustzh Zainab. Ketika jamuan tersebut, Ustzh Zainab memberi sepatah dua kata diikuti dengan ucapan daripada ketua kelas. Setelah jamuan tersebut tamat, saya bersalam sekali lagi dengan Ustzh Zainab. Saya berasa amat terharu semasa bersalaman dengannnya. Kemudian, semua pelajar dikehendaki berkumpul di dewan untuk meraikan majlis persaraan Ustzh Zainab. Semasa majlis tersebut wakil dari kelas saya telah memberi hadiah khas untuk Ustzh Zainab. Setelah tamat majlis tersebut saya bersalaman sekali lagi dengannya. Pada kali ini, saya berasa amat sedih. Saya terfikir adakah saya dapat bertemu semula dengan Ustzh Zainab selepas ini. Pada hari itu saja, 4 kali saya bersalaman dengannya. Saya memang dah menganggap Ustzh Zainab itu seperti ibu saya. Jadi semenjak dia bersara, kelas kami tidak lagi mempunyai ibu yang boleh mendorong kami sekelas ke arah kecemerlangan melainkan pesanan yang telah dia tinggalkan kepada kami supaya belajar bersungguh-sungguh agar mendapat keputusan yang cemerlang.

Pada awal bulan Oktober, peperiksaan PMR pun bermula. Saya buat dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan yang cemerlang. Saya memang sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa agar mengurniakan saya keputusan yang cemerlang.

PMR 2005

Selepas peperiksaan tamat, saya hanya tinggal di rumah. Saya cuma bermain game PC saja di rumah. Ada juga saya menolong ibu saya di rumah seperti membasuh pinggan mangkuk, menyidai baju dan memasak nasi. Tetapi masa saya lebih dipenuhi dengan bermain game PC. Nak buat macam mana, dah ketagih bermain game. Itu saja la perkara-perkara yang saya buat selepas tamat peperiksaan PMR selain makan, tidur, solat dan lain-lain.

Warcraft III Reign of Chaos

Pada 27 Disember 2005, keputusan PMR dikeluarkan. Saya hanya bertawakal saja kepada Allah agar dikurniakan keputusan yang cemerlang di dalam PMR. Pada hari saya mengambil keputusan tersebut, saya pergi bersama-sama ibu saya ke dewan sekolah untuk mengambil slip keputusan peperiksaan PMR. Syukur kepada Allah, apabila saya mengambil slip keputusan tersebut, saya lihat berderet A yang saya dapat kecuali satu subjek, iaitu Bahasa Arab. Saya hanya mendapat B untuk subjek Bahasa Arab. Keseluruhannya saya telah mendapat 8A 1B dalam peperiksaan PMR. Alhamdulillah, saya telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PMR walaupun ada satu subjek yang saya tidak mendapat A.

Sampai di sini saja kisah yang dapat saya sampaikan. Saya berharap agar segala cerita yang telah diceritakan di dalam ruangan 2005 ini akan memberi peringatan dan pengajaran kepada semua sahabat. Mari kita ke tahun 2006. Wassalam.

2006 - MASUK KE SASER

Pada tahun ini, saya berusia 15 tahun. Saya masuk ke Tingkatan 4 pada tahun ini. Pada awal tahun, saya masuk ke SMKDHMR dahulu. Kelas saya ketika saya berada di SMKDHMR ialah kelas 4 Azam. Saya tidak ingat siapa guru kelas saya pada ketika itu kerana saya berada di SMKDHMR hanya lebih kurang sebulan saja. Sebelum masuk ke kelas, sekolah terlebih dahulu telah mengadakan minggu orientasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4. Tujuannya ialah untuk memberi pengenalan awal tentang aliran-aliran yang ditawarkan semasa berada di Tingkatan 4 dan 5. Kaunselorlah yang menguruskan minggu orientasi ini. Minggu orientasi ini hanya berjalan selama seminggu saja. Nama pun minggu orientasi. Seminggu kemudian, semua pelajar Tingkatan 4 dibenarkan masuk ke kelas masing-masing. Saya berada di SMKDHMR hanya sebulan sahaja sebelum saya mendapat tawaran ke SM Sains Seremban (SASER).


Sebenarnya cita-cita saya semasa berada di Tingkatan 4 dan 5 ini ialah ingin memasuki Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR). Jadi saya telah membuat surat permohonan untuk memasuki SDAR. Pada hari pertama persekolahan pada tahun 2006 ini, ibu dan ayah saya telah berjumpa dengan Tn Hj Azam, Pengetua SDAR untuk memohon agar dapat memasukkan saya ke SDAR. Tetapi setelah memeriksa bilangan pelajar, SDAR tidak mengambil pelajar baru bagi Tingkatan 4. Jadi cita-cita saya untuk memasuki SDAR tidak kesampaian. Tetapi tidak berapa lama kemudian saya telah menerima surat daripada sektor Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mengatakan saya telah terpilih untuk memasuki ke SASER. Saya berasa amat bersyukur kerana walaupun saya tidak dapat masuk ke SDAR tetapi saya dapat masuk ke sekolah SBP yang lain, iaitu SASER.


Sekolah Dato' Abd Razak (SDAR)


Tanggal 8 Februari 2006, saya telah mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar SASER. Pada tarikh itulah saya mula masuk ke SASER. Saya ditempat di kediaman Lekir, dorm B104. Pada hari pertama itu saya berkenal-kenalan dengan ahli dorm saya, samada pelajar Form 5 atau Form 4.


Hari pertama mendaftar di SASER

Pada malam hari pertama itu, semua pelajar Tingkatan 5 dorm saya mengumpulkan semua pelajar Tingkatan 4 di dalam dorm saya dan mengadakan sesi *ta'aruf sedikit. Tujuannya ialah supaya kami mengenali di antara satu sama lain, yea la satu dorm mestilah kena kenal sesama sendiri. Pada minggu pertama, macam biasa la, minggu orientasi diadakan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4. Minggu orientasi ini dihandle oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tingkatan 5. Selain itu, ada juga badan lain yang menguruskan minggu orientasi ini seperti Pengawas SASER.


SM Sains Seremban (SASER)


Selepas minggu orientasi tamat, saya masuk ke kelas. Kelas saya ialah 4 Delta. Guru kelas saya ialah Cik Hartini bt Abd Mutalib. Dia seorang guru yang baik dan ceria. Dia mengajar subjek Biologi. Saya memang suka belajar dengannya. Di dalam kelas saya juga berkenal-kenalan dengan sahabat-sahabat yang lain. Ada yang dari Kelantan, Perak, Johor dan lain-lain. Kebanyakannya bukan orang N. Sembilan ataupun tinggal di N. Sembilan. Memang seronok dapat berkenal-kenalan dengan sahabat-sahabat yang baru.


Kelas 4 Delta


Bermulalah kehidupan baru saya di SASER kerana ini merupakan kali pertama saya masuk ke asrama. Hmm...duduk asrama ini ada yang bestnya, ada juga yang tak best. Yang bestnya, kita rapat dengan sahabat sedorm dan dapat tolong-menolong antara satu sama lain kalau ahli dorm tu ada masalah or something. Yang tak best pulak kita kena basuh baju sendiri, iron baju sendiri, semuanya kena buat sendiri. Itu yang tak best tu. Tapi saya amat bersyukur kerana dapat masuk sekolah yang bagus dan hebat. Guru-guru dan pelajar-pelajar di SASER ini semuanya hebat-hebat dan baik-baik. Memang seronok dapat masuk SASER ni.


Blok asrama ; Lekir & Tuah

Ketika saya berada di sini, saya telah mewakili sekolah dalam pertandingan robotik peringkat negeri. Saya merupakan salah seorang ahli kumpulan robotik sekolah yang dihantar oleh pihak sekolah ke pertandingan tersebut di SDAR. Tetapi malangnya, kumpulan kami tidak berjaya dalam pertandingan itu. Tapi kami dapat jugalah sijil penyertaan di peringkat negeri. Itu merupakan salah satu pencapaian tertinggi saya ketika saya berada di SASER.


National Robotics Competition 2006


Pada cuti pertengahan tahun, saya sekeluarga pergi melancong ke Pulau Langkawi, Kedah. Saya berasa amat seronok dapat melancong ke P. Langkawi. Pada kali ini kami sekeluarga pergi dengan menaiki kereta api. Mula-mula kami sekeluarga telefon radio teksi dari rumah untuk ke stesen kereta api Seremban. Selepas itu, dari Seremban kami menaiki komuter untuk ke KL Sentral. Dari KL Sentral kami menaiki kereta api antarabandar atau lebih dikenali sebagai Ekspress Langkawi untuk ke Arau. Dari Arau pula kami ke Jeti Kuala Perlis dan menaiki feri untuk ke P. Langkawi. Begitulah caranya kami sekeluarga dari rumah ke P. Langkawi. Memang penat berada di dalam kereta api, lebih kurang 12 jam perjalanan.


Ketika berada di Dataran Lang, P. Langkawi

Ketika berada di P. Langkawi kami bersiar-siar di Pantai Chenang, Telaga Tujuh, Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Dataran Lang, Kereta Kabel, Underwater World dan banyak lagi. Memang seronok dan puas dapat melancong ke P Langkawi ini. Kami sekeluarga hanya berada di sana cuma 3 hari 2 malam saja. Kami pulang juga dengan menaiki kereta api dari Arau ke KL Sentral. Memang penat melancong ke P. Langkawi tapi kami puas.


Ketka berada di depan Underwater World, P. Langkawi

Sampai di sini saja perutusan yang dapat saya sampaikan. Mari kita ke tahun 2007, tahun saya menduduki peperiksaan SPM. Wassalam.

*ta'aruf : suai kenal

2007 - MENDUDUKI SPM

Jeng, jeng, jeng. Tahun 2007, tahun saya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Peperiksaan SPM merupakan peperiksaan yang amat penting ketika berada di alam persekolahan. Peperiksaan ini menentukan masa depan kita, samada cerah ataupun malap. Pada tahun ini, saya berusia 16 tahun. Saya masuk ke Tingkatan 5 pada tahun ini. Kelas saya ialah kelas 5 Delta, sama dengan kelas tahun lepas tapi tempatnya berlainan. Ketika berada di Tingkatan 4, kelas saya terletak di blok pentadbiran tetapi ketika berada di Tingkatan 5, kelas saya terletak di blok Tingkatan 5. Satu blok tu semuanya kelas Form 5. Guru kelas juga sama dengan tahun lepas iaitu Cik Hartini bt Abd Mutalib.

Kelas 5 Delta

Pada malam sebelum hari pertama persekolahan, GPK HEM telah berucap di dalam surau. Dia mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan dia meminta supaya semua pelajar Tingkatan 5 mengemas dorm masing-masing serta kelas yang akan diduduki. Kami semua bergotong-royong membersihkan kelas dan dorm. Memang penat juga la tapi nak buat macam mana, takkan nak tinggal kat tempat kotor. Jadi terpaksalah kami membersihkan kelas dan dorm masing-masing.

Pada akhir bulan Januari, pelajar-pelajar Tingkatan 4 mula masuk ke SASER. Pelajar-pelajar Tingkatan 5 terpaksa la menyambut mereka. Pada malam pertama pelajar Form 4 masuk, semua pelajar Form 5 buat perjumpaan dengan ahli dorm masing-masing, nak buat sesi ta'aruf sikit, sama macam Form 5 tahun lepas buat. Masa itulah kita boleh kenal dengan budak Form 4 sebab hari lain tak de masa nak kenal dengan mereka. Dah Form 5 katakan, sibuklah sikit. Banyak kerja dan homework yang perlu disiapkan.

2 hari selepas pelajar Form 4 masuk, saya terpaksa menghadiri kem Biologi yang bertempat di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, N. Sembilan. Kem ini dianjurkan oleh guru-guru Panitia Biologi sekolah saya. Semua peserta kem ini terdiri daripada semua pelajar Tingkatan 5 yang kurang perform subjek Biologi semasa exam akhir tahun lepas termasuk juga 10 orang guru muda (pelajar yang perform) untuk membantu peserta-peserta yang lain. Banyak aktiviti yang dijalankan di sana termasuk pendedahan tentang kertas Biologi, tips-tips menjawab soalan, jungle-tracking, BBQ dan banyak lagi. Memang seronok dapat pergi ke kem ini. Rasa macam nak pergi lagi je.

Selepas jungle-tracking ; berada di Jeram Kak Lang

Pada 20, 21 dan 22 April sekolah telah mengadakan Perkhemahan Perdana SASER I yang bertempat di Kem Camar Rimba, Kuala Langat, Selangor. Semua peserta kem ini terdiri daripada semua pelajar Tingkatan 5. Sekolah terpaksa menyewa 5 buah bas untuk membawa semua pelajar Tingkatan 5 ke kem tersebut. Banyak aktiviti yang dijalankan di sana seperti jungle-tracking pada waktu malam, memasak secara berkumpulan, persembahan oleh setiap kumpulan, merentasi halangan, jungle-tracking pada waktu siang dan pelbagai lagi. Saya pernah merasai berendam di dalam air lumpur yang sangat sejuk pada pukul 11.00 malam kerana mendapat hukuman daripada guru.

Tengah nak hidupkan api

Bukan saya seorang saja yang kena tetapi semua ahli kumpulan saya. Ini kerana sebelum bertolak untuk jungle-tracking pada waktu malam, guru-guru ada membekalkan setiap kumpulan 2 biji telur ayam. Kami hendaklah menjaga telur tersebut supaya tidak pecah apabila pulang daripada jungle-tracking. Tapi malangnya, salah seorang ahli kumpulan saya yang memegang telur tersebut terjatuh dan kedua-dua biji telur ayam tersebut pun pecah. Jadi semasa pulang daripada jungle-tracking guru telah memeriksa setiap kumpulan bagi memastikan telur-telur tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik. Apabila guru memeriksa kumpulan kami dan mendapati telur-telur ayam kumpulan kami pecah, maka kami terpaksa menerima hukuman daripada guru iaitu berendam di dalam air lumpur. Wah, ini merupakan satu pengalaman yang saya tidak dapat dilupakan. Saya berasa amat seronok ketika berada di kem tersebut. Waktu mandi pula, kami semua mandi di sungai samada pagi dan petang. Air sungai di situ sangatlah sejuk dan jernih. Ada banyak lagi peristiwa yang berlaku semasa kem tersebut tetapi cukuplah hanya sekadar ini saja.

Tengah masak...hehehe

Pada cuti pertengahan tahun, ibu dan ayah saya telah mengerjakan umrah di Mekah. Mereka telah bertolak sejak awal cuti persekolahan. Saya tidak mengikut mereka kerana saya sibuk untuk study. SPM is just around the corner, so sebab itulah saya tidak mengikut mereka termasuk juga adik saya. Tapi saya berpesan kepada mereka supaya mendoakan kejayaan saya di dalam SPM ketika berada di Mekah nanti. Jadi mereka telah mendoakan kejayaan saya di dalam SPM dan saya berharap saya akan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM nanti.

Ibu ayah saya ketika berada di Mekah

Pada bulan Ogos saya telah menduduki peperiksaan percubaan SBP. Saya cuma mendapat 4A 1B 5C di dalam peperiksaan percubaan ini. Saya tetap tidak berputus asa, jadi saya belajar besungguh-sungguh lagi. Pada bulan September pula saya telah menduduki peperiksaan percubaan JPNS. Pada kali ini saya cuma mendapat 5A 5B. Alhamdulillah, keputusan pada kali ini ada peningkatan sedikit berbanding keputusan peperiksaan percubaan SBP yang lepas. Tetapi saya tetap tidak berputus asa dan belajar bersungguh-sungguh lagi sebelum menjelangnya peperiksaan SPM yang sebenar.

Pada tahun ini juga, 2 angkasawan negara Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar dan Mejar Dr Faiz telah melawat ke SASER. Tujuannya ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dan guru tentang program angkasawan ini. Dr Sheikh Muszaphar dan Mejar Dr Faiz telah menceritakan kepada semua pelajar dan guru SASER tentang program angkasawan. Sesi soal jawab juga diadakan supaya pelajar-pelajar termasuk guru-guru SASER boleh bertanya soalan kepada 2 orang bakal angkasawan.

Bersama Dr Sheikh Muszaphar

Sebelum menjelang peperiksaan SPM, banyak persatuan-persatuan atau organisasi-organisasi di SASER telah mengadakan jamuan akhir tahun. Kalau tak silap saya, saya telah menghadiri 5 majlis jamuan makan akhir tahun yang telah dibuat oleh ahli dorm saya, ahli kediaman Lekir, ahli kelas saya, ahli Persatuan Sains & Teknologi dan ahli pustakawan sekolah. Memang seronok dapat menghadiri semua majlis jamuan makan akhir tahun ini kerana tahun ini merupakan tahun terakhir berada di SASER.

Jamuan akhir tahun kelas 5 Delta

Uih, banyaknya pizza

Tanggal 12 November 2007, peperiksaan SPM pun bermula. Saya berasa amat takut pada waktu itu. Yea la, peperiksaan penentu masa depan telah bermula. Tetapi saya menjawab dengan berhati-hati dan tekun sekali. Takut-takut tersalah jawapan. Nanti markah akan ditolak kalau ada jawapan yang salah. Saya menduduki peperiksaan SPM ini selama hampir 2 minggu. Memang masa exam tu rasa tension ada, rasa kecewa pun ada, macam-macam perasaan yang timbul. Last paper ialah paper Biologi yang tamat pada pukul 3.30 petang. Wah, rasa gembira sangat apabila kertas Biologi habis. Rasa macam tak nak ambil SPM lagi. Hehehe...

Pada petang selepas habis SPM, semua pelajar Tingkatan 5 bersiap sedia untuk ke P. Langkawi. Ini kerana sekolah telah mendapat warrant bernilai RM 100,000 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah mendapat Anugerah Sekolah Cemerlang. Apalagi, petang selepas peperiksaan SPM tamat kami pun bersiap-siap untuk ke P. Langkawi. Pada pukul 5.00 petang, kami semua bertolak ke KL Sentral dengan menaiki bas, kecuali pengawas sebab mereka pergi ke P. Langkawi dengan menaiki flight. Kami pula cuma menaiki kereta api dari KL Sentral ke Arau, Perlis sebelum menaiki feri untuk ke P. Langkawi. Kami menginap di Nadias Inn yang terletak di Pantai Chenang, P. Langkawi.

Ketika berada di Langkawi ; cabel car

Pada malam kedua semasa berada di P. Langkawi, satu majlis makan malam telah diadakan. Selepas majlis makan malam habis, semua pelajar kecuali pengawas (sebab pengawas ada majlis lain selepas itu) bebas untuk bersiar-siar di sekitar Pantai Chenang. Saya dan sahabat-sahabat lain bersiar-siar dan membeli-belah di sekitar Pantai Chenang sehingga pukul 12.00 tengah malam. Saya berasa amat seronok pada waktu itu kerana bebas untuk bersiar-siar, tidak dikongkong oleh sesiapa pun termasuk guru-guru. Semasa berada di P. Langkawi tak banyak tempat yang saya lawati kerana kesuntukan masa. Antara tempat yang saya sempat melawat ialah Pantai Chenang, Underwater World (tengok kat luar je), Kereta Kabel, kedai Gamat dan Pekan Kuah. Itu saja tempat-tempat yang sempat saya lawati. Kemudian kami pulang semula SASER dengan menaiki feri dari Jeti Kuah ke Jeti Kuala Perlis dan menaiki kereta api dari Arau ke KL Sentral. Kemudian kami naik bas dari KL Sentral ke SASER. Huh, memang penat. Yelah, naik kereta api sampai 12 jam. Sesampai saja di SASER, saya terus balik dorm dan terus tidur sehingga ibu saya datang menjemput saya pada waktu tengah hari.

Itu saja peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 2007 ini. Sebenarnya ada beberapa lagi tetapi cukuplah sekadar ini saja. Wassalam.